Edit Content

Memperkasa Kemahiran, Membina Masa Hadapan

Edit Content

TVET: Kemahiran Praktikal, Peluang Global

Edit Content

Sertai Kami

Memperkasa Kemahiran, Membina Masa Hadapan

Our mission is to inspire a maplifelonglove of learning with a focus on scholarship. For 23 years of existence,Ed hasmore.

Memperkasa Kemahiran , Membina Masa Hadapan

Peluang Pekerjaan yang Tinggi

Kadar kebolehpasaran graduan TVET secara purata mencecah 94.5 % pada tahun 2025 sekaligus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat di Malaysia. – Majlis TVET Negara

Pendapatan Menarik dan Peluang Berdikari dengan Lebih Awal

Bidang kemahiran menawarkan pendapatan yang baik, malah ada graduan yang memilih untuk memulakan perniagaan sendiri dan menerima pendapatan yang tinggi, melebihi mereka yang bekerja secara makan gaji. - Khazanah Research Institute

Pembelajaran Berasaskan Praktikal dan Amali

TVET semakin relevan kerana teknik pembelajaran secara amali dan berfokus kepada kemahiran yang diperlukan oleh permintaan industri.

Kenali METEOR Academy

"Sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara, TVET merupakan kunci kepada pembangunan modal insan yang berdaya saing, berkemahiran tinggi dan relevan dengan keperluan industri.

Di METEOR Academy, kami bukan sekadar mendidik, kami memperkasakan anda dengan kemahiran dan pemikiran inovatif agar anda bersedia menghadapi cabaran dunia kerja yang kompetitif."

Alkmar Nazrul Alias, CEO

Tahap Pengajian SKM

Lebih tinggi tahap pengajian, lebih bertambah kemahiran dan pengetahuan pelajar. Peluang pekerjaan serta gaji permulaan juga akan lebih tinggi.

Kenapa TVET?

TVET adalah satu proses pendidikan dan latihan yang berorientasikan kerjaya serta menekankan kemahiran praktikal yang selari dengan keperluan industri. TVET memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing melalui pendekatan pembelajaran yang bersifat hands-on serta berasaskan teknologi terkini.

Melahirkan Tenaga Kerja Mahir

TVET melahirkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing melalui pendekatan hands-on.

Meningkatkan Kebolehpasaran Graduan

Graduan TVET lebih mudah mendapat pekerjaan sesuai dengan kemahiran mereka.

Menyokong Pertumbuhan Ekonomi

Tenaga kerja berkemahiran menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.

Menggalakkan Pembelajaran Sepanjang Hayat

TVET merangkumi pelbagai peringkat pendidikan dan latihan berterusan.

Aspirasi Kami

  Kami komited untuk memastikan METEOR Academy terus berada di barisan hadapan dalam pendidikan TVET   

Peneraju TVET

Menyediakan program latihan bertaraf tinggi

Pembelajaran Moden

Menggabungkan teknik moden dan latihan praktikal

Kepakaran Teknikal

Melengkapkan graduan dengan kemahiran profesional

Barisan Hadapan

Memenuhi permintaan industri masa kini dan hadapan

K. K. Dokania WordPress Dev.

A small river named Duden flows by their place and supplies it with the necessary regelialia. It is a paradisematic country, in which

Amelia Ava WordPress Dev.

A small river named Duden flows by their place and supplies it with the necessary regelialia. It is a paradisematic country, in which

Lucy Evelyn WordPress Dev.

A small river named Duden flows by their place and supplies it with the necessary regelialia. It is a paradisematic country, in which

Pembiayaan pengajian

Pembiayaan pengajian beserta insentif kewangan melalui Tabung Pembangunan Kemahiran.

Kemudahan Pengangkutan & Penginapan

Penginapan selesa serta kemudahan pengangkutan disediakan.

Fasiliti Pembelajaran

Kemudahan pembelajaran yang kondusif dan lengkap.

Tenaga Pengajar

Berpengalaman luas dalam pendidikan TVET dan berorientasikan industri.

Kenapa kami?

Kami Pilihan Terbaik   

Mulakan langkah anda ke arah masa hadapan yang cemerlang dengan TVET!

TVET membuka peluang kerjaya yang luas melalui latihan praktikal dan kemahiran terkini yang diperlukan industri. Sertai kami dan jadilah graduan yang bukan sahaja berpengetahuan, malah bersedia untuk menghadapai cabaran dunia pekerjaan yang sebenar. Masa hadapan anda bermula di sini!

Soalan Lazim FAQ

Persoalan yang sering ditanya mengenai program, syarat kelayakan, peluang pekerjaan dan manfaat pembelajaran di METEOR Academy

TVET adalah singkatan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (Technical & Vocational Education and Training). TVET ini adalah proses pendidikan dan latihan yang menjurus ke arah pekerjaan dan menekankan kepada amalan industri dalam pelbagai bidang berkaitan.

Pembangunan modal insan dan ketersediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi merupakan salah satu faktor kritikal dalam memastikan pasaran buruh di negara kita cekap dan inklusif. Apabila tenaga kerja kita mahir, ia akan memacu pertumbuhan ekonomi negara secara berterusan dan mampan.

Selaras dengan itu, kerajaan telah memberi penekanan terhadap pendidikan TVET kerana sedar akan permintaan dan keperluan industri terhadap modal insan yang berkemahiran, seiring dengan perkembangan teknologi.

Diploma yang pelajar perolehi daripada METEOR Academy ini dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Pastinya ia diiktiraf oleh kerajaan, sehubungan itu mereka turut berpeluang untuk diterima bekerja di sektor kerajaan.

Pelajar tidak diwajibkan memiliki SPM tetapi perlu mempunyai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Bagi pelajar yang memerlukan penambahbaikan dalam kemahiran 3M, kami menyediakan program kelas intensif selama 3 bulan bagi memperkukuhkan asas tersebut .

Kerajaan menyediakan pembiayaan penuh bagi menampung yuran pengajian serta insentif kewangan bulanan sebanyak RM800 melalui Tabung Pembangunan Kemahiran kepada para pelajar.

Bagi pelajar yang perlu mengikuti kelas 3M, METEOR Academy turut menyediakan bantuan permohonan kemudahan zakat yang disediakan bagi menyokong keperluan pembelajaran mereka.

*Tertakluk kepada terma dan syarat permohonan.

Pelajar akan ditempatkan di unit kondominium dan kemudahan pengangkutan bas turut disediakan. Kos bulanan yang perlu ditanggung oleh pelajar hanyalah RM300. Pelajar juga layak menerima bantuan kewangan sebanyak RM800 sebulan daripada Tabung Pembangunan Kemahiran.

Scroll to Top