Pembangunan modal insan dan ketersediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi merupakan salah satu faktor kritikal dalam memastikan pasaran buruh di negara kita cekap dan inklusif. Apabila tenaga kerja kita mahir, ia akan memacu pertumbuhan ekonomi negara secara berterusan dan mampan.
Selaras dengan itu, Kerajaan telah memberi penekanan terhadap TVET kerana sedar akan permintaan dan keperluan industry terhadap modal insan yang berkeupayaan, seiring dengan peredaran teknologi yang amat pantas, sama ada di peringkat nasional mahupun global.