Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) Pentadbiran Sistem Komputer IT-020-3:2013 | IT-020-4:2013
Program ini direka khusus untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pengurusan dan pentadbiran sistem komputer yang merangkumi kemahiran asas hingga ke tahap profesional dalam penyelenggaraan, konfigurasi, keselamatan dan pengurusan sistem IT dalam sesebuah organisasi. Program ini selari dengan keperluan industri dan membolehkan pelatih untuk menjadi Juruteknik IT yang cekap sehingga ke tahap Pentadbir Sistem Komputer yang profesional.
Pelatih akan didedahkan secara menyeluruh kepada konsep dan amalan terbaik dalam pengurusan sistem pelayan (server), sistem rangkaian, keselamatan sistem, serta pemantauan dan penyelenggaraan peralatan ICT. Kursus ini merangkumi latihan hands-on di makmal komputer serta pendedahan kepada simulasi situasi sebenar di tempat kerja melalui latihan berasaskan industri (Industry-Based Training).
Tahap Pengajian Kemahiran
Lebih tinggi tahap pengajian, lebih bertambah kemahiran dan pengetahuan pelajar. Peluang pekerjaan serta gaji permulaan juga akan lebih tinggi.
Tempoh Pengajian
2 Tahun 4 Bulan
Kurikulum & Modul
Modul 1 - SKM Tahap 3: IT-020-3:2013
- Computer System Set-up
- Computer System Maintenance
- Computer System Repair
- Server Installation
- Server Maintenance
- Computer Network Connectivity Set-up
- Mobile Device Configuration
Modul 2 - DKM Tahap 4: IT-020-4:2013
- Server Configuration
- Computer Network Installation Management
- Computer System Security Control
- Computer System Maintenance Management
- Computer System and Network Procurement
- Network Cabling Management
Laluan Pendidikan
Setelah menamatkan kursus Pentadbiran Sistem Komputer, graduan akan menerima Diploma Tahap 4 yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Graduan juga mempunyai beberapa pilihan untuk melanjutkan perkembangan akademik dan profesional mereka, termasuk:
- Melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA/IPTS.
- Melanjutkan pengajian ke Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM Tahap 5)
- Sekiranya pelajar berminat untuk menjadi tenaga pengajar TVET, mereka juga boleh menjalani latihan di CIAST atau institusi lain yang menawarkan sijil Technical and Vocational Education and Training Instructor (TVET-i) dengan memiliki sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 atau menyertai latihan tambahan untuk menjadi tenaga pengajar vokasional atau kemahiran melalui program Pendidikan Guru Vokasional (VTO).
Prospek Kerjaya
Graduan program Pengurusan Pentadbiran kami bersedia untuk menceburi sektor kerajaan dan swasta dalam pelbagai jawatan utama seperti:
- Juruteknik Sistem Komputer
- Juruteknik Sokongan IT
- Pembantu Jurutera IT
- Eksekutif Pentadbiran
- Pembantu Pejabat
- Pensyarah TVET
Bagi mereka yang mempunyai semangat keusahawanan, kelayakan ini juga menyediakan asas yang kukuh untuk memulakan perniagaan dalam bidang pengurusan pejabat dan sektor berkaitan.
Syarat Kemasukan
- Berumur 17 tahun ke atas.
- Boleh membaca, menulis dan mengira.
- Warganegara Malaysia.
Program Lain
Pengurusan Pentadbiran
Perkhidmatan Rangkaian Komputer
Pengasuhan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Pentadbiran Sistem Komputer
Rekabentuk Multimedia Interaktif
Pembangunan Multimedia Kreatif
Program Kami
Mulakan langkah anda ke arah masa hadapan yang cemerlang dengan TVET!
TVET membuka peluang kerjaya yang luas melalui latihan praktikal dan kemahiran terkini yang diperlukan industri. Sertai kami dan jadilah graduan yang bukan sahaja berpengetahuan, malah bersedia untuk menghadapai cabaran dunia pekerjaan yang sebenar.
Masa hadapan anda bermula di sini!