DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM) : RANGKAIAN KOMPUTER

Kursus ini memberi penumpuan mengenai Teknologi Rangkaian Komputer pada masa kini bagi memenuhi keperluan pekerjaan sektor industri yang mempunyai daya saing yang tinggi dipasaran pekerjaan. Program ini diwujudkan untuk memperkenalkan pelajar kepada teori dan amali mengenai konsep rangkaian, rekabentuk, implementasi dan penyelenggaraan rangkaian komputer.

Para pelajar juga akan mempelajari mengenai pengetahuan kemahiran di dalam Perkakasan Komputer, Organisasi Komputer, Asas Rangkaian, Perkhidmatan Internet, Switching dan Routing, Rekabentuk Rangkaian, Pengurusan Pelayan dan Keselamatan Rangkaian

Para pelajar juga akan didedahkan dengan penggunaan perisian sumber terbuka dalam Sistem Pengoperasian Sumber Terbuka dan Sistem Pangkalan Data. Program ini juga akan mendedahkan pelajar mengenai Keperluan Pengkomputeran, Prinsip Pengaturcaraan, Asas Pengaturcaraan dan Pengaturcaraan Rangkaian, Keusahawanan serta Rekabentuk dan Analisa Projek.

Tahap Pengajian Kemahiran

Lebih tinggi tahap pengajian, lebih bertambah kemahiran dan pengetahuan pelajar. Peluang pekerjaan serta gaji permulaan juga akan lebih tinggi.

Tempoh Pengajian

2 tahun 3 bulan

Kurikulum & Modul

Modul 1 - SKM Tahap 3: J619-003-3-2023

Modul 2 - DKM Tahap 4: J619-004-4-2024

Laluan Pendidikan

Program ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam konsep rangkaian dan pelayan, reka bentuk, implementasi dan penyelenggaraan rangkaian komputer dan pelayan. Program ini turut menerapkan kemahiran dalam asas perniagaan, penyelenggaraan, pengoperasian dan konfigurasi sistem komputer dan rangkaian serta pengurusan pentadbiran dan integrasi sistem maklumat. Selain itu, peningkatan pengetahuan pentadbiran penyelenggaraan pelayan dan pengurusan penyelenggaraan rangkaian komputer turut diutamakan:

Prospek Kerjaya

Graduan program Perkhidmatan Rangkaian Komputer dan Rangkaian Komputer bersedia untuk menceburi sektor kerajaan dan swasta dalam pelbagai jawatan utama seperti:

Bagi mereka yang mempunyai semangat keusahawanan, kelayakan ini juga menyediakan asas yang kukuh untuk memulakan perniagaan dalam sektor penjagaan kanak-kanak dan sektor berkaitan.

Syarat Kemasukan

Program Lain

Edit Content

Pengurusan Pentadbiran

Lazimnya dikenali sebagai Pengurusan Pejabat, program ini direka untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang penting bagi memenuhi permintaan tinggi dalam bidang pentadbiran dan pengurusan pejabat
Edit Content

Perkhidmatan Rangkaian Komputer

Kursus ini memberi penumpuan mengenai Teknologi Rangkaian Komputer pada masa kini bagi memenuhi keperluan pekerjaan sektor industri yang mempunyai daya saing yang tinggi dipasaran pekerjaan.
Edit Content

Pengasuhan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Program komprehensif ini dibangunkan bagi membekalkan pelajar dengan kemahiran lanjutan dalam penjagaan dan penyeliaan awal kanak-kanak.

Digital Agency

Great websites add great values to your business From wire-framing to we do it all.

Market Analysis

Great websites add great values to your business From wire-framing to we do it all.

Program Kami

Mulakan langkah anda ke arah masa hadapan yang cemerlang dengan TVET!

TVET membuka peluang kerjaya yang luas melalui latihan praktikal dan kemahiran terkini yang diperlukan industri. Sertai kami dan jadilah graduan yang bukan sahaja berpengetahuan, malah bersedia untuk menghadapai cabaran dunia pekerjaan yang sebenar.

Masa hadapan anda bermula di sini!

Scroll to Top